‘TIDUR SEBANTAL, MIMPI MASING-MASING’ – MAHDZIR

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menganggap gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) dibuat semata-mata untuk kepentingan sesebuah parti bagi membolehkan mereka bertanding pada Pilihnaraya Umum ke-14 (PRU14).

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata ia jelas dilihat apabila tidak sampai seminggu pengagihan kerusi Parlimen itu diumumkan ramai pemimpin dan anggota parti pembangkang lain yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan keputusan yang telah dibuat.

“Tidak sampai seminggu umum, timbul isu pemimpin PKR tidak puas hati dengan keputusan agihan kerusi itu dan sampai tahap ada yang merayu minta ditambah kerusi. Selain itu penyokong Anwar, Pro 98 Reformis juga tidak puas hati kerana sepatutnya Anwar yang dicalonkan menjadi Perdana Menteri dan bukannya Mahathir.

“Ini seperti perumpamaan ‘walaupun tidur sebantal, mimpi masing-masing lain’ yang sebenarnya mereka semua mempunyai agenda tersembunyi untuk parti tersendiri. Sebab itu mereka bergabung, supaya mereka boleh bertanding dalam PRU nanti,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Program Hari Keluarga di Kampung Baru Lembah Permai di Kuala Nerang, Padang Terap semalam (Jumaat).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.