TIGA SEKELUARGA MAUT DIBUNUH

 

Tiga sekeluarga ditemukan mati manakala seorang lagi cedera parah akibat ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, di Kota Bharu petang Rabu.

Mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri iaitu Kha Eng Ni, 42, isterinya Chua Joo Seok, 37 dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia Kha Xing Rhuu, 15 cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 petang tadi.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang.

“Suspek dipercayai pekerja pasangan suami isteri itu sendiri yang menjalankan perniagaan perkakas rumah. Suspek lelaki itu kini menghilangkan diri dengan van kecil milik mangsa,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.