TPM KUNJUNGI RUMAH TERBUKA DI SARAWAK

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan kunjungan mesra sempena perayaan Gawai dan Aidilfitri di kediaman Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching pada Isnin.

Selain menikmati juadah istimewa yang disajikan, Ahmad Zahid turut tertarik dengan ikan empurau, ikan eksotik termahal di negara ini yang dibela di pekarangan rumah Masing.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir di kediaman Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu.

Ahmad Zahid kemudiannya berangkat ke Astana Negeri untuk menghadiri jamuan makan tengah hari bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Pada sebelah petang pula, Ahmad Zahid dijadual mengadakan kunjungan ke kediaman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di Taman BDC Stampin.

Malam ini pula, beliau dijadual berkunjung ke kediaman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Jalan Casuarina, Petra Jaya.

Beliau tiba di negeri itu petang semalam dan terus mengunjungi kediaman Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg di Sri Minangkabau, Petra Jaya, sebelum menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman, di Laruh Skim, Jalan Matang.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.