TRAGEDI TAHFIZ : 25 RENTUNG AWAL SUBUH

 

Seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur awal pagi Khamis ketika azan subuh berkumandang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi mengesahkan enam pelajar dan seorang orang awam cedera.

Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.

“Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pagi Khamis.

Amar Singh juga berkata pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.

Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian pintu masuk tersebut.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.