TRAGEDI TAHFIZ : PM ZAHIR RASA SEDIH

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa sedih atas tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan lebih 20 nyawa awal pagi Khamis.

“Innalillah… Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati ALLAH SWT. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

Perdana menteri masih berada di luar negara selepas melakukan lawatan kerja di Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump.

Setakat 10.30 pagi, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.15 pagi, memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan pusat tahfiz tiga tingkat berkenaan, di Jalan Keramat Ujung, di Kuala Lumpur.

Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.