TRAGEDI TAHFIZ : TERJUN SELAMATKAN DIRI

 

Kira-kira 20 pelajar yang terselamat dalam kebakaran pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Dato Keramat pagi Khamis, terjun dari tingkat dua bangunan sebaik menyedari kejadian.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu turut mengorbankan lebih 20 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dan sekurang-kurangnya dua guru.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu, dipercayai tempat pelajar serta guru tidur.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan saling bertindih berhampiran pintu.

Ketika ini, mayat semua mangsa dilaporkan masih berada di lokasi kejadian.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.