TRANSFORMASI JADIKAN UMNO LEBIH PRO-RAKYAT – SALLEH

 

Transformasi ataupun penjenamaan semula UMNO yang direncanakan pucuk pimpinan parti mengubah persepsi rakyat terhadap parti serta memboleh kerajaan sedia mendengar suara rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti mengambil langkah drastik memperkasakan parti dengan menyingkir sifat ultra-nasionalis dan komunalis.

Salleh berkata, sebelum ini ramai penganalisis politik meramalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan kuasa sepertimana parti LDP di Jepun, Kuomintang (Taiwan), Golkar (Indonesia) dan Kongres di India.

“Tetapi itu UMNO ciptaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengikut pemikiran dan gaya kepimpinannya sehingga wujud istilah ‘Mahathirisme’ yang cukup diingati ramai.

“Sebaliknya UMNO di bawah pimpinan Najib memperkenalkan transformasi politik dengan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda akta-akta yang menyekat hak-hak politik rakyat,” katanya dalam catatan di blognya.

Bendahari parti keramat itu turut menambah pimpinan Najib turut mendukung prinsip era kerajaan mengetahui semua perkara sudah berakhir, sebaliknya mengutamakan pandangan semua pihak.

“Dengan transformasi ini, tidak syak lagi, UMNO sekarang adalah sebuah parti yang mendukung kedaulatan rakyat,” kata Salleh.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.