TRW BELUM PANIK

 

Dua kali tewas dan satu seri dalam tiga perlawanan Liga Super setakat ini tidak memberi tekanan buat jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh.

Sebaliknya, katanya, The Red Warriors (TRW) akan bangkit dan beraksi dengan lebih baik apabila liga bersambung pada 24 Februari ini.

Katanya, walaupun hanya satu mata diraih setakat ini, ia tidak mematahkan semangat untuk mencari kemenangan pertama buat pasukan itu.

“Tiada sebarang tekanan kerana saya percaya skuad ini akan tampil lebih baik untuk memastikan kemenangan buat pasukan pada perlawanan akan datang.

“Oleh itu, persefahaman lebih baik ditagih untuk memastikan Kelantan akan dapat memberi tentangan kepada lawan,” katanya di Kuantan malam Ahad.

Mengulas kekalahan 0-3 kepada Pahang malam tadi, beliau mengaku kecewa dengan keputusan itu walaupun skuadnya berusaha untuk menghalang tuan rumah.

Katanya, keputusan itu diterima dengan hati terbuka kerana pemainnya gagal beraksi dengan baik dalam usaha menyekat skuad Tok Gajah.

“Pemain tidak dapat menyekat Pahang dan kami dihukum dengan kekalahan. Apa yang perlu dilakukan adalah memperbaiki segala kelemahan selepas ini,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.