UMNO JOHOR SERAH LAPORAN PEMUTIHAN BAHAGIAN MERSING

 

Hasil siasatan UMNO Johor terhadap isu pemutihan yang dijalankan di peringkat Bahagian Mersing diserahkan kepada Ibu Pejabat untuk tindakan susulan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday berkata laporan itu telah diserahkan kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusof di Kuala Lumpur pada Selasa.

“Ketika proses siasatan, semua nama yang disenaraikan dalam pemutihan di Bahagian Mersing dipanggil ke Ibu Pejabat UMNO negeri. Bagaimanapun ada beberapa ahli tidak hadir, dengan bersurat.

“Ibu Pejabat mesti membuat keputusan dalam tempoh terdekat dan saya jangkakan mungkin esok atau sebelum Aidilfitri selesai (keputusan dibuat),” katanya ketika dihubungi media.

Pada 25 Mei lalu, Ketua UMNO Bahagian Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, mengesahkan seramai 99 ahli di bahagian itu digantung keahliannya bagi tujuan pemutihan.

Menurutnya, penggantungan ahli tersebut dilakukan atas pelbagai isu termasuk lompat parti, sabotaj sebelum PRU dan sabotaj semasa PRU.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.