UMNO KUKUH, PEMBANGKANG ‘KUCHALANA’ – NAJIB

 

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan UMNO semakin kukuh berbanding pembangkang yang kini berada dalam situasi ‘kuchalana’ atau bercelaru.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata, kekuatan itu membolehkan parti itu menumpukan usaha membantu rakyat khususnya di luar bandar.

Beliau berkata, UMNO melalui Biro Kebajikannya memberi tumpuan penuh dalam usah membantu rakyat di seluruh negara terutama di luar bandar.

“Biarkan mereka (pembangkang) dalam keadaan ‘kuchalana’ tetapi UMNO tetap kukuh dan sentiasa membantu rakyat semua lapisan masyarakat.

“Apabila UMNO kuat dan relevan maka ia juga akan membantu mengukuhkan ekonomi, meningkatkan hasil negara seterusnya lebih ramai rakyat akan dapat dibantu.

“Dalam Bajet 2018 yang saya bentangkan baru-baru ini, kita akan agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada tujuh juta penerima termasuk keluarga miskin, pekebun, petani, nelayan dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kerajaan turut menyediakan peruntukan besar kepada pembangunan luar bandar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Najib berkata demikian ketika melancarkan Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Masjid Kampung Tanjung Medang, di Pekan, pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.