UMNO LEBIH ‘MESRA’ ORANG MUDA – ANNUAR

 

UMNO, Barisan Nasional (BN) lebih mesra orang muda berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempergunakan golongan muda untuk kepentingan politik.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata malah UMNO adalah parti yang memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk mencipta kejayaan.

Beliau berkata, pucuk kepemimpinan UMNO sudah beberapa kali bertukar, namun ada parti pembangkang masih dikuasai orang yang sama dan tidak memberi peluang kepada muka baharu.

“UMNO mengangkat orang muda sehingga ada yang boleh jadi menteri, Datuk Seri Najib Razak misalnya adalah ikon anak muda suatu masa dulu.

“Pembangkang dia menonjolkan seorang dua anak muda, mempergunakan anak muda, tetapi parti masih dikuasai orang yang sama,” katanya pada sidang media selepas menjadi panel dalam program Diskusi UMNO Online ‘Anda Tanya Kita Jawab – Golongan Muda Anti Establishment’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sementara itu, Annuar berkata, generasi muda di negara ini harus kekal sebagai ‘anti establishment’ (anti pemerintah) dalam konteks yang kritis dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang penting adalah soal kebijaksanaan, bestari dan bertindak sebagai jauhari yang akhirnya dapat menilai antara intan dan kaca.

“Orang muda harus anti establishment bukan sahaja sekarang tetapi sejak dahulu.

“Jangan jadi orang-orang muda yang tenggelam dengan soal-soal isu tanpa memahami fundemantal.

“Tengok isu-isu sensasi kita seronok. Kita terlupa bagaimana formula Barisan Nasional itu yang mensejahterakan kita rakyat berbagai kaum. Kita terjun kepada parti cauvinis Cina.

“Kita boleh bersikap anti establishment tapi perlu ke arah yang positif,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.