UMNO MAHU UMAT ISLAM HIDUPKAN BUDAYA ZIARAH

UMNO merakamkan ucapan selamat menyambut Aidilfitri buat lebih 3 juta ahli parti itu serta seluruh umat Islam di negara ini yang bakal meraikannya Ahad ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga turut menasihatkan warga kota supaya menjaga keselamatan nyawa dan harta benda sepanjang sambutan Aidilfitri.

Beliau turut meminta umat Islam supaya menghidupkan amalan ziarah-menziarahi demi mengeratkan lagi tali persaudaraan.

“Bagi pihak warga ibu pejabat UMNO, saya selaku Setiausaha Agung UMNO ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 3.7 juta ahli UMNO dan rakan-rakan yang menyokong UMNO,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.