USAHA PECAH SOLIDARITI NAJIB – ZAHID

 

 

Penyebaran surat layang kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah agenda terdesak pihak tertentu bagi meruntuhkan kepemimpinan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masor, berkata tindakan itu dipercayai rasa cemburu ekoran keakraban dua pemimpin itu dengan segala perancangan untuk membangunkan negara.

“Mungkin ia menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak. Mungkin ini cara mereka, termasuk juga kepada saya (selaku Setiausaha Agung UMNO), macam-macam fitnah yang ditaburkan.

“Jangan cuba nak lagakan kepemimpinan yang ada kerana pada pandangan saya, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri tiada masalah.

15390826_1158614507508163_5701811980702936243_n

“Kita sokong Presiden (UMNO) tanpa berbelah bahagi dan tiada niat untuk menjatuhkan beliau. Pada kita, (Datuk Seri) Najib (Razak) seorang Perdana Menteri yang sanggup mendengar, menyelesaikan masalah masyarakat, membuat penambahbaikan dan sanggup menerima kesilapan lampau pemimpin terdahulu,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas melepaskan kira-kira 700 peserta Program Penutup Kayuhan Basikal Komuniti Putrajaya 2016, di PUTRAJAYA pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penyebaran surat layang yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mendesak Najib meletak jawatan Perdana Menteri.

Katanya, UMNO dikenali sebagai sebuah parti yang bersatu dan disebabkan itu ada pihak cuba mengganggu keutuhan berkenaan.

“Jangan terima fitnah ini dan kepada sesiapa yang menyebar, berhentilah, tiada gunanya,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.