KENAPA PILIH SHAHRIZAT, BUKAN CALON TEMPATAN

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merupakan calon berkaliber memandangkan kapasiti beliau sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia yang berpeluang besar untuk dilantik menjadi menteri, kata Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Perkara ini justeru akan memberikan manfaat kepada penduduk Sungai Besar untuk menerima limpahan pembangunan dan kemakmuran berikutan suara seorang wakil rakyat dengan jawatan menteri mudah didengari di peringkat tertinggi.

Menurutnya, pendekatan UMNO kini lebih mengutamakan calon yang mempunyai potensi untuk menang selain mampu bekerja keras demi kebajikan rakyat tanpa mengira calon luar atau tempatan.

Beliau berkata demikian ketika meraikan majlis makan malam bersama media di Sekin Hotel and Resort,Sekinchan pada Sabtu.

 

Oleh : Syakirin Daud

Videographer : Zul Hafiz Bahrin

Leave a Reply

Your email address will not be published.