WAJIB ISYTIHAR ASET KEPADA SPRM – ABU KASSIM

 

Anggota Kabinet dan ahli Parlimen kerajaan akan diwajibkan melakukan pengisytiharan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah pelaksanaan kod etika yang baharu.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, setakat ini kod etika itu sedang dikaji oleh jawatankuasa khas berkaitan rasuah.

Beliau berkata pelaksanaan ini berbeza dengan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu yang menuntut perisytiharan aset hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja.

“Kod etika itu sedang berada dalam kajian Jawatankuasa khas Kabinet mengenai Anti-rasuah (JKKMAR) yang diberikan tempoh masa tiga bulan untuk menyiapkan kajian, kita bagaimanapun jangka kertas cadangan kod ini dapat disiapkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Kami sudah minta SPRM untuk muktamadkan draf kod ini bagi dikemukakan kepada Kabinet.

‚ÄúPekeliling rasmi untuk kod etika ini mesti diluluskan oleh Kabinet,” katanya seperti dilapor media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Putrajaya pada Khamis.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.