WANITA ARAB SAUDI TIDAK PERLU BERJUBAH

Image result for WANITA ARAB SAUDI TIDAK PERLU BERJUBAH

 

Wanita Arab Saudi tidak perlu memakai jubah atau ‘abaya’ longgar untuk menutup tubuh mereka di tempat awam, kata seorang ulama kanan negara itu.

“Lebih 90 peratus wanita Muslim yang taat kepada agama dalam dunia Islam tidak memakai abaya,” kata ahli badan agama tertinggi negara atau Majlis Ulama Kanan itu, Sheikh Abdullah al-Mutlaq.

“Justeru, kita tidak patut memaksa orang ramai memakai abaya,” katanya dalam satu program televisyen yang disiarkan kelmarin.

Arab Saudi yang mempunyai sekatan antara paling ketat terhadap wanita mewajibkan wanita berjubah.

Kerajaan tidak menyatakan sama ada ia akan mengubah undang-undang, namun ini adalah kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan seorang tokoh agama kanan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published.