WANITA UMNO ‘JIJIK’ POLITIK FITNAH PEMBANGKANG – SHAHRIZAT

Foto oleh Hazierra Lukman@watanonline

 

Pergerakan Wanita UMNO ‘jijik’ dengan sikap pembangkang yang menggunakan politik fitnah bagi menyerang Barisan Nasional (BN) khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sayap parti itu tidak sesekali mengikut rentak pembangkang dalam menerangkan sesuatu isu, sebaliknya menggunakan kaedah bersemuka bagi menjelaskan cerita sebenar kepada pengundi.

“Saya tidak menggalakkan wanita untuk ‘spread’ fitnah tohmahan, ‘fake news’ dan lain-lain. Kita sebagai pemimpin mesti ada prinsip dan integriti.

Foto oleh Hazierra Lukman@watanonline

“Kita tidak akan menyebarkan fitnah dan tohmahan sebagaimana pembangkang lakukan. Apa jua informasi yang kita bawa pada pengundi adalah yang baik dan berasaskan fakta.

“Wanita (UMNO), kita jijik dengan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Prihatin Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Dewan MCA Kepong pada Isnin.

Pada majlis itu kira-kira 300 masyarakat setempat menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 dan buah limau bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Foto oleh Hazierra Lukman@watanonline

Sementara itu, Shahrizat berkata pihaknya mensasarkan 30 peratus calon wanita akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Bagaimanapun tetap menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN untuk menentukan calon yang bertanding.

“Sekurang kurangnya 30 peratus wanita mesti diberi tempat sebagai calon. Itu sasaran kita. Namun, pada akhirnya akan ada perundingan dan presiden akan membuat keputusan yang bijak,” katanya.

 

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.