WARGA EMAS JADI MANGSA ROGOL RAKAN SUAMI

 

Seorang isteri trauma sepanjang hayat apabila suami yang diharap melindunginya tergamak melacurkan dirinya kepada rakan sebanyak dua kali dengan bayaran RM20.

Dalam kejadian yang berlaku di Padang Sanai, Kedah itu, mangsa yang berusia 63 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya, 61, yang merupakan seorang pengawal keselamatan pada 21 Mac kira-kira jam 11 malam.

Lebih menyedihkan, suami mangsa yang berusia 69 tahun turut menyaksikan aksi persetubuhan itu tanpa menghiraukan pula keengganan isterinya.

Kejadian itu bagaimanapun tidak terhenti di situ, sebaliknya mangsa dirogol sekali lagi oleh rakan suaminya pada 2 April lalu.

“Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan suspek namun disebabkan suaminya bersifat panas baran dan akan memukulnya jika enggan mengikut arahannya menyebabkan dia akur dan kali terakhir dirogol pada Ahad lalu,” kata sumber polis.

Tidak tahan dijadikan hamba seks, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang, pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan sudah pun menahan suami mangsa dan rakannya.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 372B Kanun Keseksaan.

 

Sumber Mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published.