YUSOF IKRAR SETIA BERSAMA UMNO

 

Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal berikrar untuk setia bersama BN sekalipun abangnya mengetuai Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Sabah.

ADUN Lahad Datu itu menegaskan bahawa hubungan persaudaraan dan perjuangan politik merupakan dua perkara berbeza dan tidak sepatutnya dimanipulasi sebagai isu besar.

“Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tetap abang saya, prinsip perjuangan politik kami berbeza dan saya memilih untuk terus setia pada UMNO,” katanya yang dipetik sebuah portal berita.

Menurutnya ideologi politik adalah hak individu dan beliau memilih untuk kekal bersama BN kerana yakin gabungan itu konsisten menjaga kebajikan rakyat serta membangunkan negara.

Dalam pada itu, Yusof terus mengingatkan akar umbi supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu yang sengaja menggunakan isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melemahkan perjuangan UMNO Silam.

“Kita harus merapatkan barisan dan mengetepikan semua perkara yang boleh mengganggu perjalanan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.