ZAHID ZIARAH BEKAS BOS

 

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini giliran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ditemani isterinya Datin Seri Hamidah Khamis di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Turut hadir, dua anak Anwar, iaitu Nurul Nuha dan Nurul Ilham.

“Menziarahi Datuk Seri Anwar yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL,” tulis Zahid di laman sosialnya, pada Sabtu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.