ZAINAL SASAR LIGA SUPER 2019

 

Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan meletakkan misi utamanya untuk membawa pasukan itu kembali semula ke Liga Super 2019.

Zainal menegaskan, keyakinan tinggi itu berdasarkan gabungan pemain baharu berpengalaman dan pemain musim lalu yang dikekal pada musim ini.

“Misi saya hanya satu, bawa Pulau Pinang kembali ke Liga Super 2019.

“Saya yakin dengan barisan yang dikekalkan dan pemain baharu yang dibawa masuk” katanya di laman sosial Facebook rasmi Penang FA.

Musim 2018 menyaksikan Pulau Pinang mengekalkan pemain senior seperti Faiz Subri selain pemain sedia ada seperti seperti Azidan Sarudin, Azrul Ahmad, Syukur Saidin dan Yong Kuong Yong.

Selain itu, pemain baharu adalah  Azinee Taib, Jasazrin Jamaluddin, Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Mohd Nor, Al Hafiz Hamzah dan Fitri Syazwan Raduan yang dijangka membentuk skuad mantap bagi mengharungi Liga Perdana 2018.

Kehadiran pemain berpengalaman itu juga mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan ketua pasukan, Rafiuddin Rodin yang berhijrah ke Perak serta pemain muda seperti Syamel Kutty Abba (Johor Darul Ta’zim), Jafri Firdaus Chew dan Faizat Ghazli (PKNS FC).

Selain itu, pemain dari skuad Piala Presiden seperti Hazrul Hafiz Zulkifli, Khairul Akmal Rohisham, Amir Qayyum dan K Thivandran juga dilihat mampu membentuk kombinasi baik dengan pemain senior.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.