ZAKIR NAIK: BUKAN URUSAN MIC- PAS

 

PAS menempelak Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam supaya tidak mencampuri urusan taraf penduduk tetap yang dimiliki pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik seperti dimaklumkan, Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan, berkata isu kerakyatan bukan bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan beliau tidak perlu masuk campur.

supaya tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kena-mengena dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.

“Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

“Sebagai seorang Menteri Subramaniam sepatutnya mengetahui dan memahami tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini.

“Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

“Taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing tersebut antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum Timbalan Perdana Menteri mengesahkan yang Zakir Naik memiliki taraf penduduk tetap yang akhirnya mengundang rasa kurang senang MIC.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.