ZAMAN KERAJAAN SEMPURNA BERLALU- ZAHID

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan ketika ini bersifat baharu dan mengakui zaman kerajaan tiada kelemahan sudah berlalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menafikan kelemahannya tetapi pada masa sama berazam untuk melakukan pembaikan untuk rakyat.

“Kerajaan mengakui bahawa apa yang berlaku (kerajaan) tiada kelemahan sudah berlalu kerana kita bersifat baharu, kita bukan maksum, ertinya kita bukan sempurna, ” katanya pada program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Kalabakan, di TAWAU hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pemimpin pembangkang dari Sabah yang mengatakan ada kelemahan dalam kerajaan negeri.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin terbabit hanya mahu mengaburi mata rakyat kononnya berlaku kepincangan dalam kerajaan ketika ini.

“Jika ada pemimpin dari negeri ini kata bahawa ada kelemahan dalam kerajaan negeri, mereka mahu mengaburi mata rakyat, kononnya banyak perkara perlu diperbetulkan, penyelewengan dan penghakisan kepercayaan,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.