ZAMIHAN DIREMAN DUA HARI

 

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin direman dua hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes hina Sultan Johor berhubung isu ‘dobi muslim’.

Menurut sumber terdekat dengan beliau, pihak polis meminta reman selama empat hari namun, majistret hanya memberi tempoh reman selama dua hari.

Zamihan ditahan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 3.30 petang Rabu ketika dipanggil bagi memberi keterangan.

Beliau disiasat mengikut akta hasutan.

Isu hina Sultan timbul apabila sebuah portal berita menyiarkan artikel mendakwa Zamihan menyelar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung isu dobi muslim.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.