ZAMIHAN DIREMAN POLIS

 

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, ditahan pada jam  3.55 petang Rabu, selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di Kuala Lumpur.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan, 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima laporan susulan ceramahnya yang berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lalu.

“Satu lagi siasatan dijalankan berhubung kenyataannya yang dipercayai mempunyai unsur hinaan ke atas Sultan Johor,” katanya.

Sementara itu Watan-Online sempat bertemu Zamihan di IPD Dang Wangi petang tadi.

Beliau kelihatan tenang dan sedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan dan menyerahkan tindakan lanjut kepada peguamnya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.