ZURAIDA MACAM ‘TAK KENAL’ ADAM…

 

“Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang Zuraida Kamaruddin dilihat ‘gabra’ malah semacam tidak ‘mengenali’ Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).Ampang Datuk Adam Rosly yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Cubaan untuk kait kedudukan saya selaku Ahli Parlimen Ampang dengan Adam yang disiasat SPRM adalah percubaan lemah untuk memacu persepsi umum ke arah mengaitkan saya dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos membuat laporan SPRM terhadap Ahli Parlimen Ampang itu semalam susulan kes dihadapi ketua pemudanya.

Adam disiasat SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) SPRM.

Zuraida yang kelihatan gusar dengan dakwaan ke atas dirinya terpalit ekoran kes Adam sebaliknya mendakwa Jamal konon seperti haiwan liar yang bebas berkeliaran membazirkan sumber awam.

“Mungkin beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menjadi tentera upahan yang dapat mematuk dedak haram yang mengenyangkan setiap kali berbuat demikian oleh tuannya.

“Jamal tetap seorang pengacau dan samseng murahan,” katanya. Terdahulu Zuraida menjadi perhatian netizen antikerajaan ekoran mendakwa konon tidak begitu mengenali sangat si Adam ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.